SILA BACA KETERANGAN YANG DIPAPARKAN DI BAWAH SEBELUM MENGGUNAKAN e-PERMOHONAN
Calon yang TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan
Calon yang BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan
Perkara-perkara semasa mengisi e-Pemohonan
![]()
|
A. Calon-Calon berikut TIDAK BOLEH MEMOHON Melalui e-Permohonan;
A1. Calon yang memohon mengikuti kursus di Maktab Perguruan atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Permohonan ini diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
A2. Calon yang pernah meletak jawatan atau dibuang kerja daripada perkhidmatan kerajaan atau sedang berkhidmat dengan kerajaan dalam perkhidmatan, selain daripada pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP). Calon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
A3. Calon yang memohon jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS). Permohonan untuk jawatan AKS adalah melalui borang. Calon daripada pegawai yang sedang berkhidmat dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
A4. Calon yang telah diberi kebenaran untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan telahpun memiliki ijazah masing-masing. Calon PJJ dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan borang.
|
|
B. e-Permohonan ialah untuk memohon pelantikan ke jawatan tetap. Calon-calon yang BOLEH MEMOHON melalui e-Permohonan adalah seperti berikut;
B1. Calon yang telah lulus Maktab Perguruan dan telah ditempatkan mengajar
B2. Calon yang telah lulus KPLI dan telah ditempatkan mengajar
B3. Calon yang telah diberi kebenaran untuk mengikuti Ijazah Peringkat Pertama dengan sepenuh masa iaitu Calon Meningkat Kelayakan (CMK)
|
|
C. Mengapa mendaftar melalui e-Permohonan (bagi calon yang berkenaan sahaja)?
C1. Ia lebih cepat, lebih mudah dan akuan terima permohonan (tarikh permohonan didaftarkan) adalah serta-merta.
C2. Calon TIDAK PERLU mengemukakan salinan sijil bila memohon. Salinan sijil, salinan dokumen lain dan gambar berukuran pasport hendaklah dibawa semasa sesi temuduga bersama dengan yang asal.
C3. Calon juga boleh mendapatkan no rujukan dengan segera.
|
|
D. Semasa mengisi borang e-Permohonan,
D1. Sila pastikan medan yang bertanda (*) adalah WAJIB diisi. Jika tidak, mesej ralat akan dipaparkan dan permohonan tidak akan didaftarkan. Calon dikehendaki mengisi medan-medan lain yang berkenaan.
D2. Sila pastikan skrin memaparkan kenyataan “NO. RUJUKAN ANDA IALAH: SPP/…. Ini menunjukkan permohonan anda telah didaftarkan. Borang yang telah diisi itu bolehlah dicetak untuk rekod pemohon. Anda tidak perlu mengingat keseluruhan nombor rujukan tersebut kerana sebarang urusan dan pertanyaan dengan SPP hanya memerlukan nombor kad pengenalan anda sahaja.
D3. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul dan tepat dalam ruangan Akademik. Skim Perkhidmatan PPP mensyaratkan anda menyatukan Kelayakan Akademik dan Ikhtisas yang dimiliki.
|
|
E. Keterangan Am
E1. Sebarang pertanyaan mengenai e-Permohonan atau pindaan permohonan bolehlah dibuat melalui internet dengan menggunakan alamat e-mail webmaster@spp.jpm.my yang terdapat dalam Laman Portal SPP/ Maklumbalas. Sila nyatakan Nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan tujuan dalam e-mail tersebut.
E2. Pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Suruhanjaya menerima permohonannya atau tarikh e-Permohonan didaftarkan (tidak termasuk tempoh musim cuti sekolah).
E3. Bagi calon yang layak memohon tetapi permohonannya tidak dapat dilengkapkan kerana sekolah tempat bertugas atau IPT tempat belajar tidak tersenarai dalam sistem, mereka diminta membuat aduan melalui talian 03-88887300 untuk tindakan pihak SPP.
E4. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
|