|
F.
Langkah-langkah Dan Panduan
Untuk Memohon Melalui Borang e-Permohonan
F1.
Calon digalakkan mencetak Borang Kosong mengikut jawatan yang di pohon dan
mengisi borang tersebut terlebih
dahulu bagi memudahkan calon mengisi Borang e-Permohonan. Borang kosong boleh didapati dari ruangan MUAT TURUN BORANG di Laman Web
utama SPP.
F2.
Klik pada mana-mana link [e-Permohonan] di Laman Web Utama SPP untuk memulakan Aplikasi SPP e-Permohonan.
F3.
Calon yang pertama kali menggunakan e-Permohonan atau pengguna baru
dimestikan mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada butang [Daftar] di skrin LOGIN
e-Permohonan.
(Nota: Kata Laluan dan Nama
Ibu yang diberi semasa mendaftar hendaklah diingat. Kata Laluan adalah rahsia anda
dan diperlukan untuk masuk (login) ke Borang e-Permohonan. Nama Ibu diperlukan sekiranya calon terlupa
kata laluan dan ingin menukarnya )
F4.
Calon yang terlupa kata laluan dan / atau ingin menukar kata laluan boleh
dilakukan dengan klik di link Terlupa
Kata Laluan/ Tukar Kata Laluan, yang terdapat di Skrin LOGIN e-Permohonan. Calon dikehendaki memasukkan maklumat ibu (case
sensitive) yang diberikan semasa Daftar Pengguna.
F5. Masuk (Login)
ke Borang e-Permohonan
Hanya calon berdaftar sahaja boleh mengunakan Borang e-Permohonan dengan memasukkan
No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di ruangan Pemohon
Berdaftar dan klik butang [Masuk] di Skrin LOGIN
e-Permohonan.
F6.
Memilih Borang e-Permohonan
Pemohon Berdaftar yang
pertama kali masuk ke Borang e-Permohonan akan diminta memilih Borang e-Permohonan
mengikut jawatan yang ingin di pohon dengan klik di butang borang bersesuaian
dengan jawatan di pohon di Skrin Borang
e-Permohonan.
(Nota: Calon dinasihatkan memilih Borang e-Permohonan dengan berhati-hati mengikut jawatan
yang di pohon iaitu DG41 atau DGA29 atau DG27/DG17. Calon yang tersalah
pilih Borang e-Permohonan tidak dibenarkan menukar
borang dan perlu menghubungi Pentadbir e-Permohonan SPP)
F7. Mengisi Medan-medan
Maklumat di Borang e-Permohonan
Calon dikehendaki
mempastikan medan-medan maklumat yang disediakan di Borang e-Permohonan
diisi
dengan selengkapnya. Terdapat lima Ruangan medan-medan yang perlu
dimasukkan iaitu;
i. Maklumat Peribadi
ii. Maklumat Penempatan & Perkhidmatan
iii. Maklumat Akademik dan
iv.
Maklumat Kelayakkan / Nilai
Taraf
v. Pengakuan Pemohon
F8.
Pastikan Semua Status Maklumat menunjukkan "Rekod Lengkap".
Terdapat 3 jenis status kemasukkan maklumat bagi setiap ruangan
maklumat iaitu;
i. "Tiada
Rekod" - Semua medan
ruangan maklumat ini belum dimasukkan
ii. "Rekod Tidak Lengkap" - Medan
maklumat telah dimasukkan tetapi tidak lengkap
iii. "Rekod
Lengkap" - Medan maklumat bagi ruangan ini telah
lengkap diisi

F9.
Simpan Maklumat
Klik Butang
[SIMPAN] bagi menyimpan maklumat yang anda masukkan dan membolehkan anda keluar dan masuk
(login) bagi menyambung semula kemasukkan sehingga status semua maklumat adalah "Rekod Lengkap".
F10. Penghantaran Permohonan ke SPP
Calon hanya boleh menghantar permohonan ke SPP setelah status kesemua ruangan maklumat (Maklumat Peribadi, Penempatan
& Perkhidmatan, Akademik
dan Kelayakan / Nilai Taraf) adalah "Rekod Lengkap".
Klik butang [HANTAR]
di ruangan Pengakuan Pemohon. (Nota: Butang [HANTAR] ini hanya akan kelihatan
sekiranya semua status maklumat adalah "Rekod Lengkap".

F11. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum klik butang [HANTAR].
(Nota: Calon tidak boleh
lagi meminda maklumat yang telah dimasukkan sebaik saja penghantaran berjaya dilaksanakan. Pemohon perlu
menghubungi Pentadbir e-Permohonan bagi pindaan selepas penghantaraan)
F12. Penghantaraan permohonan anda berjaya di
terima oleh SPP sekiranya skrin komputer anda memaparkan skrin berikut sebaik
saja anda klik butang [HANTAR]:

Ini menunjukkan permohonan anda telah didaftarkan.
(Nota: Klik butang [Cetak Borang] untuk mencetak maklumat yang telah anda
hantar untuk rekod dan rujukan anda)


|